

Profil META
Peneraju Program E-Pembelajaran AI Secara Maya di Malaysia
META adalah singkatan kepada MasterJI Empire Training Academy yang diasaskan oleh Master Jo Ibrahim (MasterJI) yang berpengalaman luas dalam bidang ICT di Malaysia. Beliau adalah pengasas kepada beberapa aplikasi perkhidmatan mobiliti di Malaysia seperti Malaysian Medical Third Party Administrator (MYTPA), Perkhidmatan E-Penghantaran Halal2Go dan Perkhidmatan e-Pembayaran Qwikpay. Beliau juga berpengalaman selama hampir 30 tahun dalam program mentor usahawan, inkubator Usahawan Tekno berstatus MSC Malaysia Status Incubator dan pernah menerajui MSC Malaysia Technology Lab di Negeri Pahang Darul Makmur. Program Anda Boleh Kuasai Chat GPT ini adalah 100% ciptaan dan idea asal daripada beliau setelah menyedari bahawa betapa Chat GPT ini dapat memudahkan kehidupan masyarakat di Malaysia. Beliau mengambil-masa hampir setahun menjalankan kajian dan pembangunan serta menerokai aplikasi Chat GPT ini sehinggalah beliau begitu mahir mempergunakannya untuk segala tugasan harian serta memudahkan kehidupan beliau. Kini beliau telah mewujudkan e-nota amat mudah difahami dalam versi Bahasa Melayu khas untuk rakyat di Malaysia. Anda boleh pelajari Chat GPT sehingga mencapai kemahiran asas menggunakannya dengan sangat mudah menerusi telefon pintar atau pc/laptop/tablet Anda di mana jua Anda berada di masa terluang dan mendapat pengiktirafan persijilan asas kemahiran chat gpt ini daripada META. Sila klik program list untuk menyertai Program ini bagi Anda yang memiliki kod akses boleh masukkan diruangan pendaftaran bayaran yuran menikmati diskaun program. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan META di laman web rasmi www.masterjiempire.com